Pages

01 November 2012

BISNES IMPORT DARI CHINA


BISNES IMPORT DARI CHINA

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penulis ebook Bisnes Import Dari China iaitu Tuan Faiz Shafie kerana memberi peluang kepada saya untuk review ebook ‘emas’ beliau ni.
Kenapa saya gelarkan ebook ‘emas’ ?

Ini kerana beliau telah membongkarkan segala rahsia bagaimana untuk kita menjadi pengimport  barangan buatan China hanya dari rumah!  Tanpa bersusah-payah nak terbang ke China,  tanpa bersesak-sesak di kota China untuk cari barang,  tak perlu sewa kedai dan sebagainya.  Kupasan di dalam ebook Bisnes Import Dari China membuatkan mata saya terbuka terbeliak!

Rupa-rupanya Tuan Faiz Shafie telah membuka rahsia bagaimana pemborong-pemborong di luar sana membuat duit dan untung berlipat kali ganda dengan hanya mengimport barang dari China. Tahukah anda segala barang yang ada di sekeliling kita adalah buatan dari China? Dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala kelengkapan dan barang keperluan wajib harian adalah buatan dari China.  Hampir 85% barangan di sekeliling kita adalah ‘Made in China’

Di dalam ebook Bisnes Import Dari China mengandungi  4 modul  padat dengan pembelajaran:

#Modul 1: Teknik sebenar import dari China
Langkah demi langkah bagaimana membuat pembelian barangan dari China dengan sistem yang mudah dan dijamin selamat! Anda tidak akan ada rasa takut lagi untuk lakukan pembelian.

#Modul 2: Teknik mencari produk hot
Teknik ini mendedahkan bagaimana kita untuk menjual barangan yang pasti laris dan habis terjual semuanya!

#Modul 3: Teknik cipta akaun Paypal
Tanpa paypal anda mungkin sukar untuk berurusan secara online. Teknik ini lengkap dan tidak perlu lagi membeli panduan paypal yang lain!

#Modul 4: Teknik memulakan perniagaan dengan bajet rendah
Jangan risau jika anda takde modal besar untuk memulakan perniagaan. Dalam modul ini anda akan diajar bagaimana memulakan perniagaan kecil TETAPI boleh bersaing gah dengan pesaing lain!

Anda juga akan menerima 2 modul bonus yang saya pasti sangat-sangat membantu kepada mereka yang masih ‘newbie’ dalam bisnes import dari China.

Kini semua orang tidak perlu lagi bersusah-payah terbang ke China. Anda hanya membuat kajian pasaran, menempah barangan untuk dijual dan tunggu pesanan anda sampai di pintu rumah. Semuanya hanya dari rumah. Ebook ini sangat-sangat disyorkan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan. Terbukti!

p.s : Saya sedang menunggu pesanan dari Shenzen. Produk tambah nilai untuk bisnes saya.