Pages

16 Mac 2012

Kenapa bila eksiden selalu traffic jam?


Pernah anda tersangkut dalam traffic jam sebab eksiden, walaupun eksiden tu di seberang jalan lagi sebelah?

Tak masuk akal bukan?



Ataupun...pernah anda terasa seperti nak cuba restoran yang nampak macam ada ramai orang beratur?

Atau,  pernah dengar perkataan 'peer pressure', di mana budak-budak sekolah sentiasa terikut kata-kata kawan-kawan atau 'geng' mereka?

Dalam istilah psikologi, fenomena ini dinamakan 'conformity'. Boleh lihat video menarik mengenai 'conformity' di sini : conformity

Dalam video ini, seseorang akan sentiasa mengikut apa orang lain selalu buat.

Di dalam Facebook, 'conformity' boleh dilakukan hanya dalam masa beberapa hari sahaja menggunakan teknik yang kawan saya (En Faisal) telah cipta - dan telah banyak kali berjaya dilakukan.



Pelawat Facebook anda akan terasa teringin sangat ingin membeli, kerana semua orang lain di dalamnya semuanya membeli.

Dengan kaedah 'conformity' ini, kawan saya telah menjana RM9,800 dalam masa 3 hari dalam Facebook.

Dia kata ia akan dikongsi dalam seminarnya yang bakal dibuat nanti.

Seminar beliau selalu 'sold-out' dengan cepat, jadi kalau serius nak buat duit dengan cepat secara online, baik daftar cepat2 lah.

Boleh tengok maklumat penuh di sini : Seminar Facebook

Ikhlas,
MOHAMED HATTA MAT YAKOB

03 September 2011

Bank Negara Keluarkan Duit Syiling & Wang Kertas Baru



Bank Negara Malaysia nak keluarkan syiling baru?

Ya, memang betul. Isu ni dah mula berputik sejak bulan Mei 2011 lagi. Boleh semak sedikit sisipan Berita Harian di sini :

Bank Negara Malaysia akan keluarkan siri wang kertas & syiling baru 

Wang kertas, syiling baru dikeluar

Reka bentuk wang kertas dan syiling baru akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia sejajar dengan langkah yang dilakukan secara berkala dalam tempoh setiap 12 tahun. Wang baru ini akan berada dalam pasaran mulai awal tahun 2012.

Denominasi wang kertas yang terlibat adalah RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Eh...di manakah RM50? Bank Negara tak nak buatkah? Terlupa ka? Sabar, yang sebenarnya wang kertas RM50 sudah pun berada di pasaran sejak tahun 2007 lagi. Kalau anda perasan wang RM50 yang ada sekarang dikeluarkan sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-50 (ada gambar Tunku Abdul Rahman kat belah belakang duit)



RM20 juga nampaknya akan dikeluarkan. Tapi maaf, gambar untuk wang-wang baru ni tak dapat lagi.

Ok, cerita wang kertas sudah habis. Sekarang nak cerita tentang syiling baru pula. Denominasi yang terlibat adalah syiling 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen. Tema yang digunakan adalah 'Keunikan Malaysia' yang memaparkan motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora fauna di negara kita.

Berikut adalah bentuk syiling baru :


  • bahan : nikel loyang bersalut kuprum
  • berlekuk di tepi
  • bermotifkan sulur kacang



  • bahan : nikel loyang
  • bermotifkan bunga melur



  • bahan : keluli tahan karat
  • bermotifkan bentuk anyaman suku kaum Mah Meri








  • bahan : keluli tahan karat
  • bermotifkan kain destar siga

Siri baru wang kertas dan syiling ini akan berada di pasaran bersama-sama dengan siri sedia ada sehingga siri tersebut dikeluarkan secara beransur-ansur dari pasaran.

Kredit gambar : Bank Negara Malaysia

19 Ogos 2011

SAYA BLOGGER PRIHATIN

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,



SAYA SOKONG TABUNG KEMANUSIAAN SOMALI IRM

“The number of people in crisis has increased by over one million in the
last six months. Over 166,000 Somalis have fled the country to seek
assistance in neighbouring countries since the start of the year, with over
100,000 of those fleeing since May. So far in July alone, almost 40,000
new Somali arrivals have been registered in refugee camps in the region”,
adding that “due to the magnitude of the disaster and to enable us to scale
up a lot more support is needed, as current funding is inadequate to meet
needs.”