Pages

07 Mei 2012

Teknik Mudah Membina Kredibiliti di Facebook


Setiap perniagaan mempunyai pengemudinya, iaitu usahawan. Untuk memastikan sesebuah perniagaan, produk dan jenama bisnes dikenali ramai, pengemudi itu perlu melakukan sesuatu, iaitu promosi. Promosi ada banyak jenis seperti promosi terang-terangan dan promosi secara halus.

Seorang usahawan yang dikenali dengan hati budi yang baik, suka berkongsi ilmu dan membantu usahawan lain, akan mula dikenali dan dipercayai ramai sedikit demi sedikit. Soalnya, bagaimana cara melakukannya?

Boleh dikatakan kebanyakan usahawan telah mempunyai akaun Facebook sendiri. Adalah amat rugi jika kita sebagai usahawan tidak mempelbagaikan cara pemasaran di Facebook.



Artikel ini akan mendedahkan satu kaedah yang boleh dilakukan di Facebook, iaitu dengan menggunakan Group. Group (komuniti) adalah satu ruang berkumpulnya pengguna Facebook yang mempunyai minat yang sama. Berikut adalah cara-caranya:

1. Guna nama sebenar di Facebook
Seorang usahawan harus telus di medan media sosial seperti di Facebook. Menggunakan nama samaran boleh, tetapi ia sedikit berisiko. Orang lain akan menganggap kita ada niat yang tidak baik. Pelanggan dan pembeli hanya mahu berurusan dengan orang yang telus sahaja. Begitu juga kita, sama sekali ‘takut’ untuk membeli barang daripada orang yang menggunakan identiti palsu.

2. Gunakan gambar sebenar atau gambar yang elok
Gunakan gambar yang sebenar. Elakkan menggunakan gambar-gambar seperti bunga, kartun dan seumpamanya, kerana ia tidak profesional dan tidak mencerminkan kita sebagai seorang usahawan.

Jika boleh, gunakan foto yang terkini. Bagi usahawanita (wanita Islam) yang tidak mahu mendedahkan gambar sebenar atas sebab privasi, boleh gunakan logo bisnes. Elakkan meletak gambar produk. Manakala bagi lelaki, setakat ini tiada alasan kukuh untuk tidak mendedahkan foto sebenar.

Kelebihan meletak foto sebenar di Facebook profile adalah, prospek dan pelanggan semakin mempercayai dan meyakini kita.

3. Join group yang berkaitan sahaja
Group apakah yang perlu disertai? Bagaimana cara menyertai sesebuah group? Berapa banyak group yang perlu saya sertai?

Anda sertai group yang berkaitan dengan perniagaan dan juga bidang jualan anda. Untuk group berkaitan perniagaan, di sana terkumpul ramai usahawan. Kita boleh berkenalan dengan mereka dan bina kredibiliti di sana sebagai usahawan yang boleh sama-sama berkongsi pengalaman.

Manakala group berkaitan bidang jualan, katakan anda menjual pakaian, maka sertai group yang berkaitan dengan pakaian. Kongsikan tip-tip dan panduan yang berkaitan pakaian.
Untuk menyertai group, kita boleh mencari group dengan menggunakan fungsi carian (search) di Facebook. Masukkan perkataan berkaitan dan klik search. Kemudian klik pada Groups. Anda akan disenaraikan dengan group yang boleh disertai.

Selain itu, gunakan juga fungsi carian Group di sini: https://www.facebook.com/findgroups
Anda tidak perlu menyertai banyak group. Pilih group yang aktif dan lebih menumpu kepada perbincangan dan perkongsian. Tidak kisah group itu ramai ahli ataupun tidak, yang penting adalah kualiti ahli group. Elakkan group yang memfokus kepada iklan semata-mata.


4. Gunakan gambar atau imej
Untuk menjadikan perkongsian anda di group lebih menarik perhatian ahli group, gunakan imej ataupun foto yang sesuai dan berkaitan. Contohnya, jika anda berkongsi tentang bisnes offline anda, sertakan sekali gambar kedai anda.

5. Penulisan dalam bentuk tip
Tidak perlu menulis terlalu panjang di group. Penulisan dalam bentuk senarai tip adalah lebih digemari berbanding penulisan yang agak panjang lebar.

6. Perkongsian pengalaman sebenar
Selain berkongsi fakta dan ilmu dalam bentuk tip/panduan, ahli group juga amat suka dengan perkongsian pengalaman sebenar. Berikan inspirasi dan motivasi kepada mereka tanpa menyuruh mereka bermotivasi, tetapi kongsikan cerita yang memberi mereka suntikan semangat.

7. Berikan komen positif
Apabila berkomuniti di group, sikap bertolak ansur adalah amat penting. Selain berkongsi, kita juga perlu memberikan komen yang positif kepada ahli lain apabila mereka berkongsi tip, panduan dan pengalaman. Ucapkan juga terima kasih, tahniah dan sebagainya. Jika kita tidak tahu untuk komen, elakkan berikan komen agar tidak ada ahli yang terluka.

Kredit: Facebook 

01 Mei 2012

Teknik mencetuskan idea perniagaan yang lumayan di internet


Seperti yang anda tahu terdapat banyak cara untuk buat duit di internet. Peluang untuk buat duit ada di mana – mana dan jika anda berusaha, anda pasti boleh jadi kaya dalam sekelip mata sahaja.

Biasanya, untuk berjaya dalam perniagaan internet, anda perlu ada idea sendiri yang jelas. Anda perlu tahu cetuskan idea baru dan perkembangkan idea anda itu sehingga menjadi model perniagaan yang kukuh dan kuat.

Berikut ada beberapa teknik untuk cetuskan idea perniagaan yang lumayan di internet.

Pastikan idea anda itu adalah perniagaan autopilot.
Internet tidak pernah tutup. Ia terbuka selama 24 jam sehari. Secara tidak langsung, anda berpeluang untuk buat duit selama 24 jam sehari. Jangan bazirkan peluang untuk buat duit selama 24 jam sehari ini. Oleh itu, pastikan idea anda itu boleh berjalan sepanjang 24 jam sehari iaitu pendapatan boleh masuk ke dalam akaun anda walaupun anda tidak online. Inilah yang dinamakan autopilot sebenar!




Pastikan idea anda itu bermula dengan modal yang rendah.
Jangan laburkan wang terlalu banyak untuk pembinaan perniagaan di internet. Mulakan dengan modal yang kecil dahulu. Ini kerana, jika perniagaan anda berfungsi dengan baik pada modal yang rendah, ia boleh meletup jika anda tambahkan modal di kemudiannya. Cuba jayakan idea anda dengan modal yang rendah dahulu.




Pastikan idea anda itu senang untuk di pasarkan.
Pastikan idea anda itu memang sudah ada senarai pembelinya atau ada potensi untuk beri pendapatan yang banyak pada diri anda.


Aplikasikan tiga perkara di atas untuk mencari perniagaan yang lumayan. InsyaAllah, akhirnya anda pasti akan berjaya.

30 April 2012

Perniagaan Internet: Tip untuk newbie mulakan perniagaan Internet


Bagi newbie yang  tidak ada idea atau tidak tahu bagaimana hendak mulakan perniagaan internet, artikel ini akan bantu anda bagaimana hendak memulakan perniagaan internet anda. Untuk memulakan perniagaan internet, anda boleh ikut empat langkah di bawah.

Langkah pertama : Pilih model perniagaan.

Siasat di internet mengenai semua model perniagaan yang ada. Anda pilih satu model yang anda rasa anda boleh follow dan boleh pergi jauh. Contoh model perniagaan internet adalah jual produk digital, jual produk fizikal, berblogging, perniagaan affiliate, perniagaan di ebay dan sebagainya.



Langkah kedua : Pilih satu program latihan dan ikut.

Di internet pasti ada banyak program latihan yang di sediakan oleh internet marketer yang sudah berjaya. Anda pilih satu program, bayar dan ikut latihan yang di sediakan. Anda jangan sombong dan kedekut, terus sahaja belajar dari seorang pakar yang anda yakin.

Langkah ketiga : Lakukan satu persatu tugasan.

Sekarang, anda pasti sudah tahu apa yang hendak di lakukan berpandukan pada program latihan yang anda ikut itu. Jadi, apa yang perlu anda lakukan adalah anda lakukan setiap kerja step by step atau satu persatu. Jangan tamak dan lakukan semua kerja serentak. Lakukan kerja satu persatu  dan jangan berhenti sehingga semuanya siap.

Langkah keempat : Kekal dengan pilihan anda dan terus berusaha sehingga berjaya.

Anda jangan ubah fikiran anda. Jika anda sudah pilih sesuatu model perniagaan, anda fokus  pada model tersebut dan terus berusaha sehingga berjaya. Jika anda berhenti, anda perlu bermula dari bawah semula dan belum tentu anda ada semangat untuk lakukannya. Kekalkan keputusan anda sabar berusaha. Cuba sehingga anda berjaya. Bila sudah berjaya barulah anda tukar pada model perniagaan lain untuk luaskan empayar.