KEBANGKITAN pemain remaja Jepun, Kenichi Tago akhirnya disekat pemain perseorangan utama negara, Lee Chong Wei 21-19, 21-19 pada final kejohanan badminton Seluruh England, awal pagi tadi – sekali gus menyaksikan pemain nombor satu dunia itu mencipta bangga mengecapi gelaran pertama dalam kejohanan berprestij itu.
Benam pemain Jepun final Seluruh England
Lebih istimewa, kejayaan Chong Wei muncul pada edisi ke-100 Seluruh England, selepas mencatat pencapaian terbaik, tahun lalu selaku naib juara apabila tewas kepada jaguh China, Lin Dan yang tersingkir kepada rakan senegara, Bao Chun Lai pada suku akhir. Kejayaan Chong Wei kali ini mengulangi kegemilangan dicatat Muhammad Hafiz Hashim pada 2003 yang menamatkan kemarau 36 tahun negara menjuarai perseorangan lelaki Seluruh England (kali terakhir oleh Tan Aik Huang pada 1966).
Tago bagaimanapun terlebih dulu membuka langkah pada set pertama dengan mengutip empat mata awal dan mengekalkan kelebihan itu sehingga mata ke-15, sebelum dikejar Chong Wei yang memastikan kemenangan dalam tempoh 21 minit.
Di set kedua, Chong Wei terpaksa mengerah seluruh tenaga sebelum menang 21-19.

Sumber : Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
berbicara