Pages

05 Mac 2010

Imuone sumbang RM1 juta kepada Maahad Tahfiz






CUBIT paha kanan, paha kiri terasa sakitnya. Peribahasa yang sinonim dengan semangat tolong menolong dan meringankan beban mereka yang memerlukan ini jelas tergambar pada majlis Makan Malam Gala Dazzling Runway pada 13 Mac lalu.
Majlis yang dihadiri lebih 1,000 tetamu diserikan dengan pertunjukan fesyen, persembahan nyanyian. Lebih bermakna dengan acara penyerahan sumbangan RM1 juta daripada Imuone International Berhad kepada Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Bariah, Kuala Terengganu.
Dewan Wawasan, Pusat Pameran & Konvensyen, PGRM, Kuala Lumpur menjadi saksi kepada majlis yang penuh bermakna ini apabila penaung dan Presiden Imuone, Low Wai Kin bersama penaung dan Ketua Eksekutif Operasi, Robert Lim menyampaikan replika cek tersebut kepada Tengku Ampuan Bariah.
Imuone ditubuhkan pada tahun lalu, merupakan sebuah konsortium yang dinamik serta merta menjalankan perdagangan permata, program-program kesetiaan , pendidikan dan e-dagang. Malah hasrat mereka adalah untuk mengekalkan visi dam misi untuk mencapai kejayaan melepasi sempadan.
Yang pastinya, penglibatan Imuone dalam pelbagai aktiviti kebajikan adalah bagi memenuhi tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.
"Kami sentiasa berusaha memaksimumkan kecekapan supaya dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat dan golongan yang kurang bernasib baik," kata Wai Kin dalam ucapannya.
Penubuhan I-Care akan memastikan usaha berterusan menjadi agensi perubahan menerusi pembangunan usaha-usaha dan program-program baru bagi kemanfaatan masyarakat.
Sementara itu, Tengku Ampuan Bariah telah menyumbang masa, tenaga dan sokongan peribadi untuk berbakti kepada masyarakat dan membantu golongan yang kurang bernasib baik. Malah menjadi harapan menggunung baginda merealisasikan penubuhan pertubuhan kebajikan atas nama Yayasan Tengku Ampuan Bariah dalam waktu terdekat.
Lantaran kasih sayang yang mendalam dan sifat penyayang yang ditunjukkan turut menjadi pendorong kepada sokongan ikhlas dan padu ahli-ahli Kelab Berlian Imuone (IDC) terhadap harapan baginda itu. Ahli IDC berbangga menjadi salah satu anggota penaung yayasan.
Sekalung penghargaan kepada Cupid Jewels Sdn. Bhd. Carven Ong Wedding Couture, K Gen Productions Sdn. Bhd., Ivixion Sdn. Bhd, Light Xader Productions, Hair One Studio dan Image Make up Academy kerana turut terlibat menjayakan majlis gilang-gemilang itu.

Sumber : Utusan Malaysia 7 April 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

berbicara