Pages

29 November 2010

PERHATIAN : Pertukaran domain dan nama

Salam satu Malaysia semua,

Di sini saya ingin memohon maaf jika pengunjung blog ini tidak dapat mengakses atau buka blog saya dengan sempurna. 

Blog ini sedang dalam proses penjenamaan semula. Pertukaran yang dilakukan adalah :

TuN HaTTa kepada MoHaMeD HaTTa &
 url : tunhatta.blogspot.com kepada www.mohamedhatta.com

SEGALA KESULITAN ADALAH DIKESALI

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

25 November 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA !


Salam semua,

Baik kali ni segmen terbaru dari Ben Ashaari bertajuk : SAYA SUKA BLOG AWAK LA !

5 BUAH BLOG YANG SAYA SUKA SANGAT BACA  & SELALU IKUTI:

  1. The Other Khairul : Seorang blogger yang sangat jujur dan tegas dalam entri-entri yang dibuat. Tidak hipokrit dan entri-entri yang selalu up to date.
  2. Just Khai : Blog yang sarat dengan review produk, berita terkini & blog yang kemas lagi cantik.
  3. Mari Bina Blog : Kepada newbie macam aku ni, selalu mentelaah pelajaran cara-cara membina blog di Blogger. Informasi yang sangat banyak dan bagus untuk membina blog.
  4. Mistis Files : Blog yang sungguh misteri bagi aku kerana ia menceritakan tentang konspirasi, the hidden hand, alter terahsia, sejarah hebat Melayu dan macam-macam lagi. Tapi AWAS, blog ini adalah 18PA, perlu baca satu persatu untuk faham.
  5. Ben Ashaari : Blog yang tidak asing lagi, seorang blogger yang sangat bijak, cerdik dalam menghasilkan idea-idea bernas. Ben Ashaari juga boleh dikatakan sebagai pemangkin blogger-blogger newbie untuk dikenali ramai.
Saya tahu segmen ni dari blog BenAshaari.com



Blog TuN HaTTa akan ditutup tak lama lagi???



Blog yang tak seberapa ni akan ditutup tak lama lagi. Kenapa? Why?



Kenapa nak tutup? Dah bosan berblogging...takde masa nak update....takde orang nak datang baca... takde pelawat lansung nak singgah blog ni. Macam-macam alasan yang bermain-main dalam kotak fikiran ni...



Jangan risau, sebenarnya blog TuN HaTTa dalam proses pembelian domain. Nantikan kemunculannya...

Tunggu.....

23 November 2010

BANTUAN KHAS KEWANGAN KEDUA TAHUN 2010

Salam kepada sahabat semua,

Bantuan Khas Kewangan Kedua 2010 akan dibayar pada 1 Disember 2010. Bayaran sebanyak RM500 akan dibayar kepada semua kakitangan kerajaan di Malaysia.



Duit RM500 ni bolehlah kita anggap macam bonus kerajaan walaupun kerajaan tak bayar bonus tahun ni. Biar ada daripada takde lansung. Yang penting kita semua bersyukur apa yang ada. Jangan asyik nak merungut atau joli habis-habisan. Simpan tau...hehehhh

Ok,tuan-tuan dan puan-puan bolehlah semaka pekeliling ni di BANTUAN KHAS KEWANGAN KEDUA TAHUN 2010 di laman web JPA.

 Alhamdulillah!!!

21 November 2010

Blogger in da house : Khas buat blogger baru ..

Salam sahabat semua. Sekarang Hatta sedang mengikuti segman khas dari Encik Ben Ashaari iaitu Blogger in da house : Khas buat blogger baru.

Segmen ini khas untuk mereka-merka yang ingin merapatkan silaturrahim antara bloggers di Malaysia. Di samping itu kita juga dapat menambah followers,sahabat,rakan atau sewaktu dengannya Apa yang anda perlu buat?

Langkah-langkahnya :



1. Letak banner comel seperti di atas.

2. Letak tajuk post : BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BLOGGER BARU

3. Ceritakan latar belakang blo anda,

4. Letakkan url blog anda di ruangan komen di : BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BLOGGER BARU

Melepak dengan blogger Hebat (Ben Ashaari) di ALI BISTRO

Baru selesai sesi kuliah asas blogger dari Encik Ben Ashaari. Dah lama jugak tak jumpa beliau. Sebenarnya kiteorang dah berkawan lama. Sejak dari 2006 lagi kot (lupe plak...heheh). Kami bekerja satu bumbung di Kementerian Kewangan. Masa tu kami bekerja sebagai PKS...Pekerja Khidmat Sambilan.

Ada cerita disebaliknya ni...nak tau? Ben Ashaari telah menjadi 'coach' aku secara tak lansung. Beliau lah juga telah mengajar kami (ada 2 3 kawan lagi) berlatih kat gym MOF. Lepas abes je keje, kiteorang akan melepak di gym. Hajat di hati nak badan besar mcm en Ben jugak huhuhu... Tiap-tiap petang mesti pegi gym punya...non stop. Tapi sekarang masing-masing sibuk. Dengan berblog jugalah kami bertemu kembali ;)

Terima kaseh encik Ben Ashaari! Jasa mu dikenang jua~

p.s : Inilah dia Ben Ashaari

19 November 2010

Be Part of ChurChurp Today!!!

Salam kepada sahabat-sahabat semua,

Be Part of ChurChurp Today....apa ni? maksudnya Jadilah Sebahagian dari ChurpChurp Hari ini!

Pernah dengar ChurpChurp tak sebelum ni? Rasenya mesti ramai yang dah pernah dengarkan apa benda ni. Bagi rakan-rakan yg taktau lagi ChurpChurp merupakan seekor anak burung yang comel. Sangat-sangat chomel ;)

hai nama saya ChurChurp !!!


Churpchurp kalau kite tengok dia lebih kurang si burung biru Twitter kan?


Tetapi churpchurp BUKAN Twitter. Ia boleh dikatakan dari spesies yg sama-sama sebab dua-dua ni burung heheh....sebenarnya ChurChurp ni persamaan dari segi fungsinya. Fungsi churchurp lebih kurang je macam twitter. Churpchurp boleh tweet tweet jugak ;)

Ok untuk memendekkan cerita ChurChurp ni sebenarnya adalah anak syarikat di bawah naungan NuffnangChurChurp merupakan komuniti pengiklanan menggunakan platform Twitter untuk mengiklankan sesuatu produk atau servis. Churpchurp menggunakan tagline Social Media Solutions Community yang bermaksud penyelesian media sosial masyarakat.

Yang bestnye kita akan dibayar sejumlah wang jika kita tweet assignment (tugasan) yang diberikan. Earning akan diberikan mengikut jenis tugasan dan berapa ramai follower Twitter anda semua. So, apa tunggu lagi marilah berdaftar dengan ChurChurp sebelum terlambat hehehe...

Klik gambar di bawah untuk daftar :


Ingat, 2 perkara penting untuk dapatkan job dari churchurp, anda mestilah mempunyai akaun Twitter dan Facebook. Benarkan akaun churpchurp kita link dengan Twitter dan Facebook (kalau tak link,susah nak dapat job). Tambahkan kenalan di Facebook dan Twitter. Tunggu assignment dari churchurp, jika pihak churpchurp luluskan, anda dapat bayaran $$$$$.

p.s : Untuk keterangan lanjut bolehlah layari di ChurpChurp.





09 November 2010

Harga dan spesifikasi Nokia C3 di Malaysia

Memperkenalkan Nokia C3





Nokia™ baru-baru ni telah memperkenalkan telefon bimbit model C3. Model ni baru je dirasmikan kat Malaysia bulan lepas kalau tak silap (aku baru nak review..hehe). Hanset ni sesuai untuk pengguna anak-anak muda macam kita ;)

C3 datang dengan tiga warna iaitu pink, hitam dan bronze. Kalau mengikut mobile88.com harga Nokia C3 ni lebih kureng RM425 hingga RM440 bergantung pada kedai. Tapi apa yg aku survey kat Mines harga lebih kurang RM500 jugak....tak tau le harga kat mana boleh dapat bawah RM500...

Apa yg menarik bagi aku si three ni sebab dia umpama laptop kecik. Maksudnya kita bole buka web browser yg ada di internet seperti Facebook, Twitter, email dan macam-macam lagi. Sambil baring sambil bukak internet (ni tahap malas nak bukak laptop).

Bagi aku Nokia C3 amat-amatlah sesuai bagi mereka yg ketagih internet pada semua orang sebab harga dia mampu milik. Tapi sebab apa harganya murah sangat hahhh??? Nak tau?

Harga beliau murah sebab materual hanset ni diperbuat dari bahan-bahan kitar semula. Macam kitar semula suratkhabar, botol, tin dan lain-lain. Tetapi bahan-bahan yang diguakan untuk membuat hanset ni adalah bebas dari PVC, nikel pada permukaan produk, pengklorinan dan trioksida antimoni sebagaimana yang ditakrifkan oleh Nokia™.

Untuk tau lebih lanjut maklumat spesifikasi Nokia C3 ni silalah lawati :
Nokia C3

SUAI KENAL BLOGGER .. ANDA BERMINAT ?


Salam kepada semua.

Pernah tangok gambar kat atas tu? Saya pasti ramai yang telah mengenali beliaukan...heheh
Nama beliau ialah BenAshaari. Merupakan seorang blogger yang aku sanjungi. Bagaikan satu aura yang menarik beliau dalm dunia blogging ni.

Kepada rakan-rakan blogger marilah kita meriahkan lagi tour ni. Demi menambah kenalan dalam dunia blogging ;)

Saya mengucapkan selamat datang kepada rakan-rakan yang sudi menjengah ke blog saya yang tak seberapa ni. Semoga kita semua terus sukses dalam dunia blogging!!!

05 November 2010

Salah satu contoh pembalasan email dari eLearning Consultant


Salam Puan,

Bagi saya puan masih belum terlambat. SPM akan bermula 18 hari lagi.
Sebagai elearning konsultant, saya nasihatkan puan memberikan anak
puan menggunakan Score A. Ini kerana Score A lebih kepada output learning
yakni belajar secara latih tubi.

SPM yang hampir tiba ni, belajar secara output (memahami, menghafal dll)
amat-amatlah tidak sesuai untuk pelajar kerana ia akan merasa beban dan tekanan
ketika belajar.

Jika anak puan menggunakan Score A, insya'Allah anak puan akan lebih bersemanagat 
dan seronok mengulangkaji pelajaran. Ini kerana Score A penuh dengan soalan-soalan
latih tubi mengikut sub topik, bab sesuatu subjek, soalan kertas percubaan (direka
oleh guru-guru panel soalan Kementerian Pendidikan Malaysia) dan yang paling 
bernilai sekali adalah soalan-soalan past year SPM (dari 1993-2009).

Dengan menggunakan Score A secara tak lansung anak puan akan terbiasa menjawab 
soalan-soalan sebenar dan ini memudahkan beliau menghadapi peperiksaan SPM sebenar.

Demi kejayaan anak puan, pengorbanan adalah penting. Jika puan benar-benar ingin
mengesyorkan score A untuk anak puan, saya sanggup beri harga istimewa kepada puan.
Harga sebenar di pasaran adalah RM 298.

04 November 2010

Twitter

Salam kepada semua....

Baru-baru ni (baru 2 hari je sebenarnye), aku baru terdetik nak mengenali lebih lanjut pada Twitter



Dah lama tau pasal twitter ni tapi aku hanya pandang sepi pada beliau. Setelah mendaftar dan godek-godek kat si twitter ni.... terus jatuh cinta dengan fungsinnya. Macam-macam boleh buat ngan twitter ni sebenarnya. twitter ni sebenarnya merupakan blog mikro. Lebih kurang blog yang kita ada tapi twitter ni lebih ringkas dan sentiasa up to date selagi ada internet kat dunia ni ;)

Boleh tambah rakan-rakan, berkongsi pendapat (twit - twit) dan macam-macam lagi. kepada kengkawan yang ada twitter marilah add aku di : Mohamed Hatta


02 November 2010

Bermula untuk menjadi seorang blogger yang serius

Salam kepada semua,

Mulai saat ini, akan ku laksanakan niat yang telah tertangguh sejak sekian lama. Aku nak berblog secara serius dalam dunia internet. Bukan untuk populariti, bukan untuk kemegahan, bukan untuk wang tetapi demi kepuasan diri sendiri. hohoho...aku pelik dan geli sedikit ayat ni. Tapi itulah realitinya.. Insya'Allah...