31 Mac 2010

Nak gi exam Pegawai Gred 41 ke?

Weh, apa khabar? Harap sihat sentiasa.

Tadi browse internet cari maklumat untuk exam SPA, terjumpa satu site nih, mmg rujukan untuk persediaan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan
Awam Gred 41. Kalau masih tercari-cari rujukan exam bertulis ni, boleh lah usha tengok macam mana kat sini;

TipsPTD

Dah cuba tgk2 kat internet, diaorang mmg dah lama dan banyak bantu orang lain kat blog tipsptd. Pastu tengok testimonial pun semua snapshot 'live' email dan mmg ramai yang puas hati. Cuba lah usha2 tengok kalau tengah bersiap nak gi exam nih.

Ter'excited' pulak!

Tunhatta

24 Mac 2010

Buat duit dari Google adsense dengan Teknik ini


Program google adsense adalah satu program yang sangat menguntungkan. Ini kerana, melalui program ini kita mampu menjana pendapatan tanpa perlu membuat sebarang jualan. Melalui program ini, kita bukannya dibayar komisen iaitu selepas berjaya membuat sebarang jualan tetapi hanya dengan setiap klik pada iklan adsense yang kita letakkan di web kita.
Selepas kita menyertai program adsense ini, kita akan diberikan akaun kita sendiri. Di dalam akaun tersebut kita boleh mengambil kod iklan adsense yang mempunyai id kita sendiri. Melalui id itulah google akan dapat mengesan jika ada sebarang klik yang berlaku di iklan adsense kita tadi. Cukup bulan, apabila nilai pendapatan terkumpul cukup $100, Google akan bayar duit kita! Best kan?
Mungkin ada juga yang bertanya, bagaimana pembayaran dilakukan? Mudah sangat untuk mengambil duit anda tu. Google menawarkan pembayaran menggunakan western union. Ada juga pilihan menggunakan cek. Tapi bagi saya, western union adalah yang terbaik. Ini kerana kita boleh keluarkan duit tersebut di bank-bank tempatan dengan mudah. Macam keluarkan duit dari akaun simpanan kita. Saya sendiri pernah menggunakan bank CIMB dan Public Bank untuk mengeluarkan duit adsense saya. Saya dapat duit tersebut dalam 3 minit selepas berdiri di kaunter.
Namun, yang menjadi masalah utama bagi sesiapa yang mengikuti program google adsense ni adalah trafik & harga per klik iklan adsense tersebut. Soal trafik tu memang kita semua maklum bahawa untuk sesebuah laman web bisnes tu berjaya (sama ada jualan, affiliate ataupun adsense), mestilah mempunyai trafik yang baik. Tapi selain faktor trafik, faktor harga per klik iklan adsense yang muncul di web/blog kita juga memainkan peranan yang besar sebenarnya.
Sebagai contoh, jika anda mendapat 10 klik yang setiap satunya bernilai USD $0.02 maka anda baru mendapat jumlah keseluruhan USD $0.20 dari 10 klik tadi. Tapi kalau harga 1 klik yang anda dapat bernilai USD $0.70, daripada 10 klik pada iklan tersebut anda sudah pun berjaya mendapat USD $7.00! Anda boleh nampakkan bezanya?
Nyata di sini, selain menumpukan untuk mendapatkan trafik sahaja kita juga perlu berusaha untuk mendapatkan iklan yang mahal. Tapi, bagaimana caranya? Adakah dengan hanya melihat senarai list harga keyword yang mahal dan kemudian memilih salah satu daripadanya untuk dibuat blog? Kalau itu cara anda, percayalah hanya iklan murah yang akan muncul. Sebabnya, orang lain pun menggunakan cara yang sama dengan anda. Akhirnya, iklan yang mahal akan pergi ke laman-laman yang lebih TUA dan OTAI dan iklan-iklan murah sajalah yang sudi muncul di blog anda.
Saya mempunyai pengalaman lebih daripada 3 tahun dalam bidang adsense ini dan telah mencuba pelbagai cara untuk berjaya di dalam adsense. Kini saya kongsikan rahsia yang selama ini saya gunakan sendiri. TEKNIK saya menghasilkan blog yang membawa iklan-iklan adsense yang lebih mahal daripada biasa. Klik di sini untuk download ebook tersebut.

17 Mac 2010

Pesta Belon Udara Panas di Putrajaya

The 2nd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2010 akan di adakan di kawasan taman Monumen Alaf Baru Presinct 2, Putrajaya pada 18 Mac hingga 21 Mac 2010. Festival ini terbuka kepada umum dari 7 pagi hingga 9 malam.




Kawasn Festival

Sebanyak 23 buah negara akan mengambil bahagian menyertai acara ini seperti Belgium, Switzerland, New Zealand, Belanda, USA, Japan dan Perancis. Menariknya tahun ini seorang juruterbang wanita yang comel dari Jepun, Cik Akari Sue akan sertai dalam acara ini.

Japan


Belgium

Lima belon udara panas khas disediakan secara khusus kepada pelawat untuk disewa. Masa untuk menyewa belon ini terbahagi kepada dua sesi sehari iaitu pada pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan 6 petang hingga 9 malam. Selain itu, terdapat juga acara termasuk helikopter rides, water ballsphere rides colouring competition, photography competition, auto show dan lain-lain lagi.




Festival ini diselaraskan oleh Malaysia Sport Aviation Federation (MSAF) dan AKA Balloon Sdn Bhd. Festival selama 4 hari ini juga akan menampilkan acara terbang lain seperti para-motor,  pesawat kawalan jauh dan helikopter, model-model kapal terbang serta permainan layang-layang profesional.

 Marilah kita sama-sama ke Putrajaya untuk menikmati festival meriah ini.

Untuk maklumat lanjut sila layari : http://www.myballoonfiesta.com/index.php






16 Mac 2010

Bumbung Pusat Kemudahan Berpusat


Memperkenalkan salah satu bangunan di tapak tempat aku bekerja. Depan ofis aku je si cantik ni. Nama dia adalah blok kemudahan berpusat @ PKB. Lepas balik lunch tengahari tadi, sambil menunggang ego kepunyaan isteriku kat dalam site, ternampak beberapa pekerja tengah pasang bumbung kat PKB.


Pertama sekali kita perlu ikat 'chicken net' yang telah disusun rapi kat atas 'roof trusses' ataupun bahasa melayunya kerangka bumbung.


Benda ni lah yang dinamakan 'chicken net'. saiz lubangnya sebesar anak ayam. Boleh jugak kita buat reban ayam...hehehe



15 Mac 2010

Ferrari Juara Grand Prix Bahrain


Fernando Alonso menjuarai perlumbaan pembuka tirai Formula Satu (F1) Grand Prix Bahrain, malam tadi diikuti rakan sepasukan Ferrari, Felipe Massa di tangga kedua.

Pasukan Petronas Mercedes GP menduduki tangga kelima dan keenam menerusi Nico Rosberg dan juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher yang kembali mewarnai kancah F1, musim ini. 

Sementara itu, pasukan Lotus F1 Racing yang pertama kali membawa cabaran 1Malaysia ke sukan pemotoran paling berprestij dunia itu, menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 dan 16 menerusi pelumba berpengalaman, Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli. Pemandu dari Sepanyol, Alonso memintas Massa di selekoh kedua sebaik perlumbaan bermula sebelum merampas kedudukan pendahulu dari Sebastian Vettel pada pusingan ke-34 yang memacunya kepada kemenangan sulung musim 2010.

“Hari yang cukup istimewa buat saya,” kata Alonso. “Kembali ke puncak podium sentiasa istimewa, tetapi lebih penting ialah bersama Ferrari dan sejarah serta harapan yang diletakkan kepada pasukan ini. Permulaan baik untuk hubungan ini.”

Selepas dua tahun yang mengecewakan bersama Renault, Alonso menepuk-nepuk dadanya ketika melompat ke atas jentera Ferrari yang mencatat permulaan terbaik sejak 2004 - ketika Schumacher menerajui kemenangan 1-2.

Alonso menggantikan Kimi Raikkonnen yang turut mencatat kemenangan pada penampilan pertama bersama pasukan berpusat di Itali itu tiga tahun lalu.
Massa memintas Vettel tidak lama selepas Alonso melakukannya untuk meraih tempat kedua selepas kembali ke arena perlumbaan sejak insiden kemalangan yang hampir meragut nyawa, Julai tahun lalu di Hungary.
Sumber : Berita Harian

Datuk Lee Chong Wei Juara ALL ENGLAND

KEBANGKITAN pemain remaja Jepun, Kenichi Tago akhirnya disekat pemain perseorangan utama negara, Lee Chong Wei 21-19, 21-19 pada final kejohanan badminton Seluruh England, awal pagi tadi – sekali gus menyaksikan pemain nombor satu dunia itu mencipta bangga mengecapi gelaran pertama dalam kejohanan berprestij itu. 


pix_gal0
Benam pemain Jepun final Seluruh England

Lebih istimewa, kejayaan Chong Wei muncul pada edisi ke-100 Seluruh England, selepas mencatat pencapaian terbaik, tahun lalu selaku naib juara apabila tewas kepada jaguh China, Lin Dan yang tersingkir kepada rakan senegara, Bao Chun Lai pada suku akhir. Kejayaan Chong Wei kali ini mengulangi kegemilangan dicatat Muhammad Hafiz Hashim pada 2003 yang menamatkan kemarau 36 tahun negara menjuarai perseorangan lelaki Seluruh England (kali terakhir oleh Tan Aik Huang pada 1966).

Tago bagaimanapun terlebih dulu membuka langkah pada set pertama dengan mengutip empat mata awal dan mengekalkan kelebihan itu sehingga mata ke-15, sebelum dikejar Chong Wei yang memastikan kemenangan dalam tempoh 21 minit.

Di set kedua, Chong Wei terpaksa mengerah seluruh tenaga sebelum menang 21-19.
Sumber : Berita Harian

11 Mac 2010

Nokia E72

The Nokia E72 is a smartphone from the Nokia Eseries range. It is the successor to the Nokia E71 and is based on a similar design and form factor, and offers a similar feature set. The Nokia E72 is an enterprise-based smartphone (as it is a Nokia Eseries device) and has standard features including mobile email, calendar and instant messaging amongst many others.

The Nokia E72 has a new Optical Navi Key feature as opposed to the standard D-pad used on many other Nokia devices including the Nokia E71 - this is said to improve the ease of scrolling through menus, emails, Internet browser, and images as it is an optical sensor rather than a series of closely-spaced buttons. In comparison to its predecessor, the Nokia E72 is said to have a higher level of performance (likely due to the faster 600 MHz ARM processor) and also includes a 5 Megapixel AF camera. Other changes and improvements are software-based including changes to the user interface and built-in messaging application amongst others.

The Nokia E72 was announced on June 15, 2009 at the Nokia Connections 2009 event in Singapore

Thanks to : Wikipedia

10 Mac 2010

Liga Juara-Juara Eropah : Arsenal & Bayern Munich layak

Arsenal dan Bayern Munich menjadi dua pasukan pertama layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah apabila menundukkan lawan masing-masing di perlawanan kedua 16 pasukan terakhir, awal pagi tadi. 



Kelab Inggeris itu menang besar ke atas Porto FC dari Portugal 5-0 selepas tewas 1-2 pada perlawanan peringkat pertama sebelum ini. 

Ini menjadikan keputusan agregat 6-2 memihak kepada Arsenal.



Bayern Munich hampir terlepas peluang apabila kedudukan terikat 4-4 apabila Fiorentina menang 3-2. 



Namun Bayern melangkah ke suku akhir menerusi kelebihan gol di tempat lawan.









05 Mac 2010

Imuone sumbang RM1 juta kepada Maahad Tahfiz






CUBIT paha kanan, paha kiri terasa sakitnya. Peribahasa yang sinonim dengan semangat tolong menolong dan meringankan beban mereka yang memerlukan ini jelas tergambar pada majlis Makan Malam Gala Dazzling Runway pada 13 Mac lalu.
Majlis yang dihadiri lebih 1,000 tetamu diserikan dengan pertunjukan fesyen, persembahan nyanyian. Lebih bermakna dengan acara penyerahan sumbangan RM1 juta daripada Imuone International Berhad kepada Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Bariah, Kuala Terengganu.
Dewan Wawasan, Pusat Pameran & Konvensyen, PGRM, Kuala Lumpur menjadi saksi kepada majlis yang penuh bermakna ini apabila penaung dan Presiden Imuone, Low Wai Kin bersama penaung dan Ketua Eksekutif Operasi, Robert Lim menyampaikan replika cek tersebut kepada Tengku Ampuan Bariah.
Imuone ditubuhkan pada tahun lalu, merupakan sebuah konsortium yang dinamik serta merta menjalankan perdagangan permata, program-program kesetiaan , pendidikan dan e-dagang. Malah hasrat mereka adalah untuk mengekalkan visi dam misi untuk mencapai kejayaan melepasi sempadan.
Yang pastinya, penglibatan Imuone dalam pelbagai aktiviti kebajikan adalah bagi memenuhi tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.
"Kami sentiasa berusaha memaksimumkan kecekapan supaya dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat dan golongan yang kurang bernasib baik," kata Wai Kin dalam ucapannya.
Penubuhan I-Care akan memastikan usaha berterusan menjadi agensi perubahan menerusi pembangunan usaha-usaha dan program-program baru bagi kemanfaatan masyarakat.
Sementara itu, Tengku Ampuan Bariah telah menyumbang masa, tenaga dan sokongan peribadi untuk berbakti kepada masyarakat dan membantu golongan yang kurang bernasib baik. Malah menjadi harapan menggunung baginda merealisasikan penubuhan pertubuhan kebajikan atas nama Yayasan Tengku Ampuan Bariah dalam waktu terdekat.
Lantaran kasih sayang yang mendalam dan sifat penyayang yang ditunjukkan turut menjadi pendorong kepada sokongan ikhlas dan padu ahli-ahli Kelab Berlian Imuone (IDC) terhadap harapan baginda itu. Ahli IDC berbangga menjadi salah satu anggota penaung yayasan.
Sekalung penghargaan kepada Cupid Jewels Sdn. Bhd. Carven Ong Wedding Couture, K Gen Productions Sdn. Bhd., Ivixion Sdn. Bhd, Light Xader Productions, Hair One Studio dan Image Make up Academy kerana turut terlibat menjayakan majlis gilang-gemilang itu.

Sumber : Utusan Malaysia 7 April 2009