09 Mei 2012

Perniagaan Internet : Pengenalan pada peniagaan website atau website flipping


Perniagaan website boleh di samakan dengan perniagaan hartanah di dunia nyata. Nama domain di ibaratkan sebagai tapak tanah manakala website di ibaratkan sebagai bangunan di atas tapak tanah.

Harga nama domain meningkat jika nama domain itu sangat istimewa dan unik. Harga domain tersebut juga boleh meningkat jika website yang di bina atas nama domain itu bermutu, mempunyai trafik yang banyak dan mendatangkan keuntungan yang tinggi. Semakin tinggi keuntungan yang website anda jana, semakin tinggi harga website tersebut.

Ada berbagai konsep untuk perniagaan website atau website flipping ini.



Cara pertama, anda kaji pasaran dan pilih nama domain yang anda rasa ada potensi untuk pergi lebih jauh. Kemudian, anda bina website bersesuaian dan upload di atas nama domain tersebut. Akhir sekali, anda jual website tersebut tanpa ada rekod pendapatan. Anda boleh menjana keuntungan yang banyak jika pandai membina website berdasarkan permintaan. Contohnya, produk ipad model terbaru akan keluar tidak lama lagi. Anda beli nama domain berkaitan, bina website dan jual website tersebut. Saya pasti, anda akan dapat untung berlipat kali ganda.

Cara kedua, anda beli website yang di jual oleh orang lain. Anda baiki website tersebut dan jana pendapatan sebanyak mungkin dari website tersebut. Selepas enam hingga lapan bulan, anda jual website tersebut kepada orang lain dengan harga dua hingga tiga kali ganda dari harga asal yang anda beli. Jika pendapatan yang anda perolehi dari website tersebut banyak, anda boleh jual website tersebut pada harga yang jauh lebih tinggi dari harga asal yang anda beli.

Cara ketiga, anda cari idea unik. Bangunkan website dan jual pada mereka yang ingin meneruskan idea anda. Kadangkala diri kita ini penuh dengan idea unik tetapi kita tidak berminat untuk menguruskan atau memperkembangkan idea tersebut. Oleh itu, anda bina website berdasarkan idea anda dan jual pada mereka yang berminat. 



Untuk cara ketiga, anda bina website berdasarkan idea anda. Kemudian, uruskan website tersebut dan dapatkan bukti secara nyata yang website anda memang memiliki potensi  yang besar untuk pergi lebih jauh. Akhir sekali, gunakan data yang ada untuk membantu anda menjual website anda itu pada orang lain.

Perniagaan website memang boleh keuntungan yang luar biasa kepada anda. Apa yang anda perlu lakukan untuk berjaya dalam website flipping ini adalah sentiasa bertindak lebih laju dari pesaing – pesaing anda yang lain.



Bertindaklah sekarang, dapatkan nama domain anda sendiri sebelum terlepas!

Jika nak beli nama domain, boleh cuba tengok di sini: NetKL


Kredit: MachineDaena, SmallBizTrens & SiliconCloud

08 Mei 2012

Perniagaan Internet : Anda tidak boleh berjaya jika meniru kejayaan orang lain


Jika anda ingin berjaya melalui perniagaan internet, anda tidak boleh meniru cara orang lain yang telah berjaya kerana cara anda berfikir tidak sama dengan mereka. Apa yang anda perlu lakukan adalah mencipta dan merintis jalan sendiri dan jadikan cerita orang yang berjaya sebagai panduan untuk anda berjaya.

Apabila anda membeli ebook atau produk buat duit, anda jangan tiru bulat – bulat cara mereka  tetapi anda fikir dan rancang sendiri dengan menjadikan produk buat duit itu sebagai panduan. Apabila anda rancang sendiri, anda akan jadi lebih yakin dan bertanggungjawab ketika menguruskan perniagaan.




Walaupun anda hanya pemilik perniagaan internet yang kecil, anda tetap bos dan bos tidak akan dengar cakap orang lain. Seorang bos akan berfikir dan merancang perniagaannya sendiri. Jika seorang bos mencedok dan mengikut kata orang tanpa berfikir, dia bukanlah bos tetapi seorang manusia yang perasan dirinya bos!

Ramai pelajar yang belajar pengurusan perniagaan di Universiti tetapi mereka tidak mampu untuk menjadi usahawan. Sebaliknya mereka hanya mampu bekerja di bahagian pengurusan syarikat – syarikat sahaja. Mereka ada ilmu tetapi mereka tidak mampu untuk aplikasikannya kerana mereka tidak ada keyakinan untuk berfikir sendiri.

Untuk berjaya dalam perniagaan, anda perlu berfikir sendiri, mencuba sendiri dan alami setiap pengalaman itu sendiri. Anda tidak boleh ikut apa yang orang lain kata tanpa anda sendiri berfikir. Anda perlu jadi seorang yang berdikari, barulah anda akan berjaya.

Realitinya, untuk berjaya anda perlu berusaha sendiri. Anda tidak boleh meniru cara kerja orang yang berjaya. Cara kerja orang yang telah berjaya hanyalah sebagai panduan anda sahaja. Setiap ahli perniagaan yang berjaya mempunyai prinsip masing – masing dan anda juga perlu ada prinsip anda sendiri.




07 Mei 2012

Teknik Mudah Membina Kredibiliti di Facebook


Setiap perniagaan mempunyai pengemudinya, iaitu usahawan. Untuk memastikan sesebuah perniagaan, produk dan jenama bisnes dikenali ramai, pengemudi itu perlu melakukan sesuatu, iaitu promosi. Promosi ada banyak jenis seperti promosi terang-terangan dan promosi secara halus.

Seorang usahawan yang dikenali dengan hati budi yang baik, suka berkongsi ilmu dan membantu usahawan lain, akan mula dikenali dan dipercayai ramai sedikit demi sedikit. Soalnya, bagaimana cara melakukannya?

Boleh dikatakan kebanyakan usahawan telah mempunyai akaun Facebook sendiri. Adalah amat rugi jika kita sebagai usahawan tidak mempelbagaikan cara pemasaran di Facebook.



Artikel ini akan mendedahkan satu kaedah yang boleh dilakukan di Facebook, iaitu dengan menggunakan Group. Group (komuniti) adalah satu ruang berkumpulnya pengguna Facebook yang mempunyai minat yang sama. Berikut adalah cara-caranya:

1. Guna nama sebenar di Facebook
Seorang usahawan harus telus di medan media sosial seperti di Facebook. Menggunakan nama samaran boleh, tetapi ia sedikit berisiko. Orang lain akan menganggap kita ada niat yang tidak baik. Pelanggan dan pembeli hanya mahu berurusan dengan orang yang telus sahaja. Begitu juga kita, sama sekali ‘takut’ untuk membeli barang daripada orang yang menggunakan identiti palsu.

2. Gunakan gambar sebenar atau gambar yang elok
Gunakan gambar yang sebenar. Elakkan menggunakan gambar-gambar seperti bunga, kartun dan seumpamanya, kerana ia tidak profesional dan tidak mencerminkan kita sebagai seorang usahawan.

Jika boleh, gunakan foto yang terkini. Bagi usahawanita (wanita Islam) yang tidak mahu mendedahkan gambar sebenar atas sebab privasi, boleh gunakan logo bisnes. Elakkan meletak gambar produk. Manakala bagi lelaki, setakat ini tiada alasan kukuh untuk tidak mendedahkan foto sebenar.

Kelebihan meletak foto sebenar di Facebook profile adalah, prospek dan pelanggan semakin mempercayai dan meyakini kita.

3. Join group yang berkaitan sahaja
Group apakah yang perlu disertai? Bagaimana cara menyertai sesebuah group? Berapa banyak group yang perlu saya sertai?

Anda sertai group yang berkaitan dengan perniagaan dan juga bidang jualan anda. Untuk group berkaitan perniagaan, di sana terkumpul ramai usahawan. Kita boleh berkenalan dengan mereka dan bina kredibiliti di sana sebagai usahawan yang boleh sama-sama berkongsi pengalaman.

Manakala group berkaitan bidang jualan, katakan anda menjual pakaian, maka sertai group yang berkaitan dengan pakaian. Kongsikan tip-tip dan panduan yang berkaitan pakaian.
Untuk menyertai group, kita boleh mencari group dengan menggunakan fungsi carian (search) di Facebook. Masukkan perkataan berkaitan dan klik search. Kemudian klik pada Groups. Anda akan disenaraikan dengan group yang boleh disertai.

Selain itu, gunakan juga fungsi carian Group di sini: https://www.facebook.com/findgroups
Anda tidak perlu menyertai banyak group. Pilih group yang aktif dan lebih menumpu kepada perbincangan dan perkongsian. Tidak kisah group itu ramai ahli ataupun tidak, yang penting adalah kualiti ahli group. Elakkan group yang memfokus kepada iklan semata-mata.


4. Gunakan gambar atau imej
Untuk menjadikan perkongsian anda di group lebih menarik perhatian ahli group, gunakan imej ataupun foto yang sesuai dan berkaitan. Contohnya, jika anda berkongsi tentang bisnes offline anda, sertakan sekali gambar kedai anda.

5. Penulisan dalam bentuk tip
Tidak perlu menulis terlalu panjang di group. Penulisan dalam bentuk senarai tip adalah lebih digemari berbanding penulisan yang agak panjang lebar.

6. Perkongsian pengalaman sebenar
Selain berkongsi fakta dan ilmu dalam bentuk tip/panduan, ahli group juga amat suka dengan perkongsian pengalaman sebenar. Berikan inspirasi dan motivasi kepada mereka tanpa menyuruh mereka bermotivasi, tetapi kongsikan cerita yang memberi mereka suntikan semangat.

7. Berikan komen positif
Apabila berkomuniti di group, sikap bertolak ansur adalah amat penting. Selain berkongsi, kita juga perlu memberikan komen yang positif kepada ahli lain apabila mereka berkongsi tip, panduan dan pengalaman. Ucapkan juga terima kasih, tahniah dan sebagainya. Jika kita tidak tahu untuk komen, elakkan berikan komen agar tidak ada ahli yang terluka.

Kredit: Facebook 

01 Mei 2012

Teknik mencetuskan idea perniagaan yang lumayan di internet


Seperti yang anda tahu terdapat banyak cara untuk buat duit di internet. Peluang untuk buat duit ada di mana – mana dan jika anda berusaha, anda pasti boleh jadi kaya dalam sekelip mata sahaja.

Biasanya, untuk berjaya dalam perniagaan internet, anda perlu ada idea sendiri yang jelas. Anda perlu tahu cetuskan idea baru dan perkembangkan idea anda itu sehingga menjadi model perniagaan yang kukuh dan kuat.

Berikut ada beberapa teknik untuk cetuskan idea perniagaan yang lumayan di internet.

Pastikan idea anda itu adalah perniagaan autopilot.
Internet tidak pernah tutup. Ia terbuka selama 24 jam sehari. Secara tidak langsung, anda berpeluang untuk buat duit selama 24 jam sehari. Jangan bazirkan peluang untuk buat duit selama 24 jam sehari ini. Oleh itu, pastikan idea anda itu boleh berjalan sepanjang 24 jam sehari iaitu pendapatan boleh masuk ke dalam akaun anda walaupun anda tidak online. Inilah yang dinamakan autopilot sebenar!




Pastikan idea anda itu bermula dengan modal yang rendah.
Jangan laburkan wang terlalu banyak untuk pembinaan perniagaan di internet. Mulakan dengan modal yang kecil dahulu. Ini kerana, jika perniagaan anda berfungsi dengan baik pada modal yang rendah, ia boleh meletup jika anda tambahkan modal di kemudiannya. Cuba jayakan idea anda dengan modal yang rendah dahulu.




Pastikan idea anda itu senang untuk di pasarkan.
Pastikan idea anda itu memang sudah ada senarai pembelinya atau ada potensi untuk beri pendapatan yang banyak pada diri anda.


Aplikasikan tiga perkara di atas untuk mencari perniagaan yang lumayan. InsyaAllah, akhirnya anda pasti akan berjaya.