Jika anda ingin berjaya melalui perniagaan internet, anda tidak boleh meniru cara orang lain yang telah berjaya kerana cara anda
berfikir tidak sama dengan mereka. Apa yang anda perlu lakukan adalah mencipta
dan merintis jalan sendiri dan jadikan cerita orang yang berjaya sebagai
panduan untuk anda berjaya.
Apabila anda membeli ebook atau produk buat duit, anda
jangan tiru bulat – bulat cara mereka
tetapi anda fikir dan rancang sendiri dengan menjadikan produk buat duit
itu sebagai panduan. Apabila anda rancang sendiri, anda akan jadi lebih yakin
dan bertanggungjawab ketika menguruskan perniagaan.
Walaupun anda hanya pemilik perniagaan internet yang
kecil, anda tetap bos dan bos tidak akan dengar cakap orang lain. Seorang bos
akan berfikir dan merancang perniagaannya sendiri. Jika seorang bos mencedok
dan mengikut kata orang tanpa berfikir, dia bukanlah bos tetapi seorang manusia
yang perasan dirinya bos!
Ramai pelajar yang belajar pengurusan perniagaan di Universiti tetapi mereka tidak mampu untuk menjadi usahawan. Sebaliknya mereka hanya mampu bekerja di bahagian pengurusan syarikat – syarikat sahaja. Mereka ada ilmu tetapi mereka tidak mampu untuk aplikasikannya kerana mereka tidak ada keyakinan untuk berfikir sendiri.
Untuk berjaya dalam perniagaan, anda perlu berfikir
sendiri, mencuba sendiri dan alami setiap pengalaman itu sendiri. Anda tidak
boleh ikut apa yang orang lain kata tanpa anda sendiri berfikir. Anda perlu jadi
seorang yang berdikari, barulah anda akan berjaya.
Realitinya, untuk berjaya anda perlu berusaha sendiri.
Anda tidak boleh meniru cara kerja orang yang berjaya. Cara kerja orang yang
telah berjaya hanyalah sebagai panduan anda sahaja. Setiap ahli perniagaan yang berjaya
mempunyai prinsip masing – masing dan anda juga perlu ada prinsip anda sendiri.
steady la bro...:)
BalasPadamSama-sama kita berkongsi :)
BalasPadam