Setiap perniagaan mempunyai pengemudinya, iaitu usahawan. Untuk
memastikan sesebuah perniagaan, produk dan jenama bisnes dikenali ramai,
pengemudi itu perlu melakukan sesuatu, iaitu promosi. Promosi ada banyak jenis
seperti promosi terang-terangan dan promosi secara halus.
Seorang usahawan yang dikenali dengan hati budi yang baik, suka
berkongsi ilmu dan membantu usahawan lain, akan mula dikenali dan dipercayai
ramai sedikit demi sedikit. Soalnya, bagaimana cara melakukannya?
Boleh dikatakan kebanyakan usahawan telah mempunyai akaun Facebook sendiri. Adalah amat rugi jika kita sebagai usahawan tidak mempelbagaikan cara pemasaran di Facebook.
Artikel ini akan mendedahkan satu kaedah yang boleh dilakukan di
Facebook, iaitu dengan menggunakan Group. Group (komuniti) adalah satu ruang
berkumpulnya pengguna Facebook yang mempunyai minat yang sama. Berikut adalah cara-caranya:
1. Guna nama sebenar di Facebook
Seorang usahawan harus telus di medan media sosial seperti di Facebook.
Menggunakan nama samaran boleh, tetapi ia sedikit berisiko. Orang lain akan
menganggap kita ada niat yang tidak baik. Pelanggan dan pembeli hanya mahu
berurusan dengan orang yang telus sahaja. Begitu juga kita, sama sekali ‘takut’
untuk membeli barang daripada orang yang menggunakan identiti palsu.
2. Gunakan gambar sebenar atau gambar yang elok
Gunakan gambar yang sebenar. Elakkan menggunakan gambar-gambar seperti
bunga, kartun dan seumpamanya, kerana ia tidak profesional dan tidak mencerminkan
kita sebagai seorang usahawan.
Jika boleh, gunakan foto yang terkini. Bagi usahawanita (wanita Islam) yang tidak mahu mendedahkan gambar sebenar atas sebab privasi, boleh gunakan logo bisnes. Elakkan meletak gambar produk. Manakala bagi lelaki, setakat ini tiada alasan kukuh untuk tidak mendedahkan foto sebenar.
Kelebihan meletak foto sebenar di Facebook profile adalah, prospek dan
pelanggan semakin mempercayai dan meyakini kita.
3. Join group yang berkaitan sahaja
Group apakah yang perlu disertai? Bagaimana cara menyertai sesebuah
group? Berapa banyak group yang perlu saya sertai?
Anda sertai group yang berkaitan dengan perniagaan dan juga bidang
jualan anda. Untuk group berkaitan perniagaan, di sana terkumpul ramai
usahawan. Kita boleh berkenalan dengan mereka dan bina kredibiliti di sana
sebagai usahawan yang boleh sama-sama berkongsi pengalaman.
Manakala group berkaitan bidang jualan, katakan anda menjual pakaian,
maka sertai group yang berkaitan dengan pakaian. Kongsikan tip-tip dan panduan
yang berkaitan pakaian.
Untuk menyertai group, kita boleh mencari group dengan menggunakan
fungsi carian (search) di Facebook. Masukkan perkataan berkaitan dan klik
search. Kemudian klik pada Groups. Anda akan disenaraikan dengan group yang
boleh disertai.
Selain itu, gunakan juga fungsi carian Group di sini: https://www.facebook.com/findgroups
Anda tidak perlu menyertai banyak group. Pilih group yang aktif dan
lebih menumpu kepada perbincangan dan perkongsian. Tidak kisah group itu ramai
ahli ataupun tidak, yang penting adalah kualiti ahli group. Elakkan group yang
memfokus kepada iklan semata-mata.
Contoh group di Facebook: http://www.facebook.com/groups/kedaikopiIM/
4. Gunakan gambar atau imej
Untuk menjadikan perkongsian anda di group lebih menarik perhatian ahli
group, gunakan imej ataupun foto yang sesuai dan berkaitan. Contohnya, jika
anda berkongsi tentang bisnes offline anda, sertakan sekali gambar kedai anda.
5. Penulisan dalam bentuk tip
Tidak perlu menulis terlalu panjang di group. Penulisan dalam bentuk
senarai tip adalah lebih digemari berbanding penulisan yang agak panjang lebar.
6. Perkongsian pengalaman sebenar
Selain berkongsi fakta dan ilmu dalam bentuk tip/panduan, ahli group
juga amat suka dengan perkongsian pengalaman sebenar. Berikan inspirasi dan
motivasi kepada mereka tanpa menyuruh mereka bermotivasi, tetapi kongsikan
cerita yang memberi mereka suntikan semangat.
7. Berikan komen positif
Apabila berkomuniti di group, sikap bertolak ansur adalah amat penting.
Selain berkongsi, kita juga perlu memberikan komen yang positif kepada ahli
lain apabila mereka berkongsi tip, panduan dan pengalaman. Ucapkan juga terima
kasih, tahniah dan sebagainya. Jika kita tidak tahu untuk komen, elakkan
berikan komen agar tidak ada ahli yang terluka.
Kredit: Facebook
Kredit: Facebook
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
berbicara