Fernando Alonso menjuarai perlumbaan pembuka tirai Formula Satu (F1) Grand Prix Bahrain, malam tadi diikuti rakan sepasukan Ferrari, Felipe Massa di tangga kedua.
Pasukan Petronas Mercedes GP menduduki tangga kelima dan keenam menerusi Nico Rosberg dan juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher yang kembali mewarnai kancah F1, musim ini.
Sementara itu, pasukan Lotus F1 Racing yang pertama kali membawa cabaran 1Malaysia ke sukan pemotoran paling berprestij dunia itu, menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 dan 16 menerusi pelumba berpengalaman, Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli. Pemandu dari Sepanyol, Alonso memintas Massa di selekoh kedua sebaik perlumbaan bermula sebelum merampas kedudukan pendahulu dari Sebastian Vettel pada pusingan ke-34 yang memacunya kepada kemenangan sulung musim 2010.
“Hari yang cukup istimewa buat saya,” kata Alonso. “Kembali ke puncak podium sentiasa istimewa, tetapi lebih penting ialah bersama Ferrari dan sejarah serta harapan yang diletakkan kepada pasukan ini. Permulaan baik untuk hubungan ini.”
Selepas dua tahun yang mengecewakan bersama Renault, Alonso menepuk-nepuk dadanya ketika melompat ke atas jentera Ferrari yang mencatat permulaan terbaik sejak 2004 - ketika Schumacher menerajui kemenangan 1-2.
Alonso menggantikan Kimi Raikkonnen yang turut mencatat kemenangan pada penampilan pertama bersama pasukan berpusat di Itali itu tiga tahun lalu.
Massa memintas Vettel tidak lama selepas Alonso melakukannya untuk meraih tempat kedua selepas kembali ke arena perlumbaan sejak insiden kemalangan yang hampir meragut nyawa, Julai tahun lalu di Hungary.

Sumber : Berita Harian
yeah aku fan ferrari ngn alonso...tahniah2
BalasPadambagus! SEMOGA FERRARI MENANG JUARA TAHUN NI!!!
BalasPadam