Pages

Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

08 Mac 2011

Minggu yang memenatkan...

Salam,

Minggu lepas adalah minggu yang memenatkan. Terpaksa uruskan beberapa perkara untuk transformasi diri ke arah yang lebih maju. Walaupun penat, keluarga tetap menyokong penuh usaha aku selama ni. Terima kasih kepada mereka juga syukur kepada Allah S.W.T.

Dan yang paling penting sekali ialah.... Liverpool menang!!! 3 berbalas 1....minta maaf Manchester United... :)

p.s : Entri adalah cubaan semata-mata. Sedang dalam proses integrasi antara Facebook dengan Blog. Sebab tu agak mengarut. Harap maklum.

15 Mac 2010

Ferrari Juara Grand Prix Bahrain


Fernando Alonso menjuarai perlumbaan pembuka tirai Formula Satu (F1) Grand Prix Bahrain, malam tadi diikuti rakan sepasukan Ferrari, Felipe Massa di tangga kedua.

Pasukan Petronas Mercedes GP menduduki tangga kelima dan keenam menerusi Nico Rosberg dan juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher yang kembali mewarnai kancah F1, musim ini. 

Sementara itu, pasukan Lotus F1 Racing yang pertama kali membawa cabaran 1Malaysia ke sukan pemotoran paling berprestij dunia itu, menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 dan 16 menerusi pelumba berpengalaman, Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli. Pemandu dari Sepanyol, Alonso memintas Massa di selekoh kedua sebaik perlumbaan bermula sebelum merampas kedudukan pendahulu dari Sebastian Vettel pada pusingan ke-34 yang memacunya kepada kemenangan sulung musim 2010.

“Hari yang cukup istimewa buat saya,” kata Alonso. “Kembali ke puncak podium sentiasa istimewa, tetapi lebih penting ialah bersama Ferrari dan sejarah serta harapan yang diletakkan kepada pasukan ini. Permulaan baik untuk hubungan ini.”

Selepas dua tahun yang mengecewakan bersama Renault, Alonso menepuk-nepuk dadanya ketika melompat ke atas jentera Ferrari yang mencatat permulaan terbaik sejak 2004 - ketika Schumacher menerajui kemenangan 1-2.

Alonso menggantikan Kimi Raikkonnen yang turut mencatat kemenangan pada penampilan pertama bersama pasukan berpusat di Itali itu tiga tahun lalu.
Massa memintas Vettel tidak lama selepas Alonso melakukannya untuk meraih tempat kedua selepas kembali ke arena perlumbaan sejak insiden kemalangan yang hampir meragut nyawa, Julai tahun lalu di Hungary.
Sumber : Berita Harian

Datuk Lee Chong Wei Juara ALL ENGLAND

KEBANGKITAN pemain remaja Jepun, Kenichi Tago akhirnya disekat pemain perseorangan utama negara, Lee Chong Wei 21-19, 21-19 pada final kejohanan badminton Seluruh England, awal pagi tadi – sekali gus menyaksikan pemain nombor satu dunia itu mencipta bangga mengecapi gelaran pertama dalam kejohanan berprestij itu. 


pix_gal0
Benam pemain Jepun final Seluruh England

Lebih istimewa, kejayaan Chong Wei muncul pada edisi ke-100 Seluruh England, selepas mencatat pencapaian terbaik, tahun lalu selaku naib juara apabila tewas kepada jaguh China, Lin Dan yang tersingkir kepada rakan senegara, Bao Chun Lai pada suku akhir. Kejayaan Chong Wei kali ini mengulangi kegemilangan dicatat Muhammad Hafiz Hashim pada 2003 yang menamatkan kemarau 36 tahun negara menjuarai perseorangan lelaki Seluruh England (kali terakhir oleh Tan Aik Huang pada 1966).

Tago bagaimanapun terlebih dulu membuka langkah pada set pertama dengan mengutip empat mata awal dan mengekalkan kelebihan itu sehingga mata ke-15, sebelum dikejar Chong Wei yang memastikan kemenangan dalam tempoh 21 minit.

Di set kedua, Chong Wei terpaksa mengerah seluruh tenaga sebelum menang 21-19.
Sumber : Berita Harian