Pages

17 Mac 2010

Pesta Belon Udara Panas di Putrajaya

The 2nd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2010 akan di adakan di kawasan taman Monumen Alaf Baru Presinct 2, Putrajaya pada 18 Mac hingga 21 Mac 2010. Festival ini terbuka kepada umum dari 7 pagi hingga 9 malam.




Kawasn Festival

Sebanyak 23 buah negara akan mengambil bahagian menyertai acara ini seperti Belgium, Switzerland, New Zealand, Belanda, USA, Japan dan Perancis. Menariknya tahun ini seorang juruterbang wanita yang comel dari Jepun, Cik Akari Sue akan sertai dalam acara ini.

Japan


Belgium

Lima belon udara panas khas disediakan secara khusus kepada pelawat untuk disewa. Masa untuk menyewa belon ini terbahagi kepada dua sesi sehari iaitu pada pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan 6 petang hingga 9 malam. Selain itu, terdapat juga acara termasuk helikopter rides, water ballsphere rides colouring competition, photography competition, auto show dan lain-lain lagi.




Festival ini diselaraskan oleh Malaysia Sport Aviation Federation (MSAF) dan AKA Balloon Sdn Bhd. Festival selama 4 hari ini juga akan menampilkan acara terbang lain seperti para-motor,  pesawat kawalan jauh dan helikopter, model-model kapal terbang serta permainan layang-layang profesional.

 Marilah kita sama-sama ke Putrajaya untuk menikmati festival meriah ini.

Untuk maklumat lanjut sila layari : http://www.myballoonfiesta.com/index.php






3 ulasan:

berbicara