Pages

26 Ogos 2010

Pernah dengar Webucation?

Webucation berasal dari perkataan web education. Bermaksud pembelajaran secara online. Belajar secara online adalah lebih bagus berbanding belajar secara konvesional. Di zaman IT sekarang ni, pembelajaran secara online akan menjadi seperti biasa ataupun seperti keperluan. Cuba anda bayangkan, telefon mudah alih dulu semasa mula-mula dikeluarkan. Seingat saya revolusi telefon mudah alih bermula era tahun 90an. Sewaktu itu, telefon mudah alih hanya digunakan oleh golongan yang betul-betul berkemampuan sahaja. Tetapi sekarang jika anda tiada telefon mudah alih, apa akan berlaku? Saya rasa anda semua boleh beri jawapan masing-masing ;)

Di sini saya mahu ketengahkan bahawa pendidikan online akan menjadi trend pada masa akan datang. Ia akan menjadi trend seperti trend telefon mudah alih sekarang. Pendidikan online akan menjadi satu KEPERLUAN selain dari pakaian dan makanan.

Oleh itu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kini sedang melakukan satu pendekatan baru kepada rakyat Malaysia bahawa webucation akan menjadi trend kepada semua pelajar di Malaysia. Kementerian Pelajaran menyokong penuh webucation yang sedang melanda zaman dunia IT sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

berbicara