03 September 2011

Bank Negara Keluarkan Duit Syiling & Wang Kertas Baru



Bank Negara Malaysia nak keluarkan syiling baru?

Ya, memang betul. Isu ni dah mula berputik sejak bulan Mei 2011 lagi. Boleh semak sedikit sisipan Berita Harian di sini :

Bank Negara Malaysia akan keluarkan siri wang kertas & syiling baru 

Wang kertas, syiling baru dikeluar

Reka bentuk wang kertas dan syiling baru akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia sejajar dengan langkah yang dilakukan secara berkala dalam tempoh setiap 12 tahun. Wang baru ini akan berada dalam pasaran mulai awal tahun 2012.

Denominasi wang kertas yang terlibat adalah RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Eh...di manakah RM50? Bank Negara tak nak buatkah? Terlupa ka? Sabar, yang sebenarnya wang kertas RM50 sudah pun berada di pasaran sejak tahun 2007 lagi. Kalau anda perasan wang RM50 yang ada sekarang dikeluarkan sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-50 (ada gambar Tunku Abdul Rahman kat belah belakang duit)



RM20 juga nampaknya akan dikeluarkan. Tapi maaf, gambar untuk wang-wang baru ni tak dapat lagi.

Ok, cerita wang kertas sudah habis. Sekarang nak cerita tentang syiling baru pula. Denominasi yang terlibat adalah syiling 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen. Tema yang digunakan adalah 'Keunikan Malaysia' yang memaparkan motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora fauna di negara kita.

Berikut adalah bentuk syiling baru :


  • bahan : nikel loyang bersalut kuprum
  • berlekuk di tepi
  • bermotifkan sulur kacang



  • bahan : nikel loyang
  • bermotifkan bunga melur



  • bahan : keluli tahan karat
  • bermotifkan bentuk anyaman suku kaum Mah Meri








  • bahan : keluli tahan karat
  • bermotifkan kain destar siga

Siri baru wang kertas dan syiling ini akan berada di pasaran bersama-sama dengan siri sedia ada sehingga siri tersebut dikeluarkan secara beransur-ansur dari pasaran.

Kredit gambar : Bank Negara Malaysia

1 ulasan:

berbicara