Bagi newbie yang tidak ada idea
atau tidak tahu bagaimana hendak mulakan perniagaan internet, artikel ini akan bantu
anda bagaimana hendak memulakan perniagaan internet anda. Untuk memulakan
perniagaan internet, anda boleh ikut empat langkah di bawah.
Langkah pertama : Pilih model perniagaan.
Siasat di internet mengenai semua model perniagaan yang ada. Anda pilih
satu model yang anda rasa anda boleh follow dan boleh pergi jauh. Contoh model
perniagaan internet adalah jual produk digital, jual produk fizikal, berblogging,
perniagaan affiliate, perniagaan di ebay dan sebagainya.
Langkah kedua : Pilih satu program latihan dan ikut.
Di internet pasti ada banyak program latihan yang di sediakan oleh internet
marketer yang sudah berjaya. Anda pilih satu program, bayar dan ikut latihan
yang di sediakan. Anda jangan sombong dan kedekut, terus sahaja belajar dari
seorang pakar yang anda yakin.
Langkah ketiga : Lakukan satu persatu tugasan.
Sekarang, anda pasti sudah tahu apa yang hendak di lakukan berpandukan
pada program latihan yang anda ikut itu. Jadi, apa yang perlu anda lakukan
adalah anda lakukan setiap kerja step by step atau satu persatu. Jangan tamak
dan lakukan semua kerja serentak. Lakukan kerja satu persatu dan jangan berhenti sehingga semuanya siap.
Langkah keempat : Kekal dengan pilihan anda dan terus berusaha sehingga
berjaya.
Anda jangan ubah fikiran anda. Jika anda sudah pilih sesuatu model
perniagaan, anda fokus pada model
tersebut dan terus berusaha sehingga berjaya. Jika anda berhenti, anda perlu
bermula dari bawah semula dan belum tentu anda ada semangat untuk lakukannya.
Kekalkan keputusan anda sabar berusaha. Cuba sehingga anda berjaya. Bila sudah
berjaya barulah anda tukar pada model perniagaan lain untuk luaskan empayar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
berbicara